TENTANG AKU : saat indah dah jadi isteri :)

salam sayang buat semua sahabat-sahabat...

Rindunya aku nak menulis lagi..tapi kadang-kadang takde masa nak tulis dalam ni..tapi kali ni aku nak update sikit blog aku ni.korang sudi-sudikanlah terus membaca ye,give me support heheh. 

Arini dah genap 3 bulan aku jadi isteri kepada en. suami tersayang (ala cayang-cayang, ayat laki aku..hehe). Kalau nak share pulak pengalaman sebagai isteri ni, masih panjang lagi. Tapi buat masa ni, tittle isteri ni sangat-sangat bermakna pada aku..tak dapat nak digambarkan betapa syukurnya bila dah jadi seorang isteri ni..seronok! tak caya jugak? korang kena la rasa sendiri hehe

Alhamdulillah, masa kenduri aritu semuanya berjalan dengan lancar..Allah dah mudahkan segalanya, syukur sangat-sangat walaupun penatnya sebulan pun tak habis lagi huhu. Sekarang masa untuk belajar cara-cara untuk sentiasa membahagiakan suami agar rumahtangga always bahagia, chewahhh :) memang tu pun semua orang harapkan kan,kan..

Nak cita banyak-banyak pun tak boleh sebab tu rahsia rumahtangga kan heheh..kalau cita pasal honeymoon, aku tak sempat lagi nak pergi honeymoon huhu..memandangkan tiada cuti & keadaan tak mengizinkan..sekarang, en. suami aku pulak kena keja outstation..aku ni kira orang yang bercinta jarak jauh dah (PJJ la katakan huhu). .bila en. suami outstation, aku dudukla umah sorang-sorang..time-time ni la aku rajin nak ber'internet' sebab nak hilangkan rasa rindu yang menebal kat en. suami ni hehe..(ayat gataii skettt) arghhhh!!! rindunya...(tetiba lagi hakhak) Doakanla pasni ada rezeki pulak untuk dapat cahaya mata, takde la aku boring kalau kena tinggal sorang-sorang kan..amin,amin,amin hee

Ermm..bila dah kawin ni, semua dah jadi halal..so, dah tak perlu nak risaukan mak abah lagi kan..sebab sekarang, ada orang yang akan jaga kita, dia pulak yang ambil amanah tu daripada mak abah kita. kalau tak, dorang asik risau je, yela kan..anak dara dorang, besar amanah yang perlu dijaga..sekarang ni, dah ada en. suami, nak gi mana-mana pun mak abah dah tak kesah. bak kata mak aku, pandai-pandaila korang pulak..dah dapat kebebasan woo..huhu..aku ingat lagi la masa malam akad nikah aku tu, selepas sah je bergelar isteri kepada en. suami (muhammad nazmi), mak aku terus pesan siap-siap kat aku..antaranya, jadilah isteri yang solehah, bahagiakan suami sentiasa..perangai-perangai tak elok masa bujang-bujang dulu tu, tinggalkan la...(sebab sebenarnya aku ni garang giler..mak tak bagi aku garang-garang dengan suami huhu)..ye mak, nasihat mak akan aku ikut. tu semua untuk kebaikan aku jugak kan :)

okla, setakat ni dulula aku nak update..aku nak gi masak,perut dah bunyi kriuk kriukk ni heheh. lain kali kita sambung lagi nanti ye :) kepada en. suami tersayang, i love u sangat2..Allah je tau betapa banyak sayang ni :):) jiwang kan ngee

Ni ada sikit gambar best masa sah bergelar seorang isteri tu, tengok ye, tapi tak yah komen pape la hehee

taraa..pengantin ceria :)

ni la time paling best..syok jgk kena kiss-kiss ni haha


Dah Baca Ehh??Mekasihhhh..:D

No comments:

background