Album Wedding Versi Kawan-Kawan

Assalamualaikum..

Dis entry just nak post gambar kawan-kawan yang willing datang masa wedding aku aritu..walaupun wedding tu dah hampir 6 bulan lepas heheh..sorila sebab full version gambar daripada photographer baru je dapat..jemput tengok ye..:) Ni kira album wedding versi kawan-kawan ye..huhu

Ni ain, my bestfren dari zaman sekolah menengah..time ni dia tengah pregnant no. 2..sekarang,dia dah ade sorang baby boy pn, tika pun dah jadi kakak! cepatnya masa berlalu kn..huhu

Gambar staf-staf cohort yang sudi datang..ini adalah kenangan tau!maceh-maceh..

tq datang both of u..waiting for your next event pulak ye..hehe

baju dah sedondon tu..tunggu turn korang pulak ye pasni..:)

bos kecik saya pun datang dengan wife dia..pada geng-geng IT cohort pun, tq sangat-sangat sudi datang..:)

haa..ni satu-satunya wakil member masa degree kat UPM dulu..sekarang, member saya ni tengah pregnant,doa-doa lepas ni saya pulak huhu

ni geng-geng dari diploma dulu..terharu jugak diaorang datang kenduri ni..sorang dah ikut jejak, waiting untuk yang 2 orang lagi tu pulak hehe

wahh..ada apakah dengan jejaka di tengah?? member-member dari team bro..thanks korang sebab datang!

main cak-cak!! mood happening je semua..yang lain memang team bro excluding dak kecik yang comel-comel bambamm tu heheh

thanks gurl-gurl cun yang sudi memeriahkan majlis ni..post maut semua orang ngehngeh

ini gambar kawan baik my asben..dari mula-mula masuk cohort sampailah dua-dua dah kawen..kawen pun dua-dua dengan dak cohort jugak hahah

haa..yang ni dengar-dengar citer pun dah dekat sangat-sangat tarikhnya..jangan lupa jemput ye :)

tq jugak untuk korang yang sudi datang ni..:)

haa..tengok mana tu mie? hee..ape pun, thanks sudi datang..tak sangka, dia ni kawan sama belajar je ngan fotographer kitaorang ni.jadi jejak kasih jap masa tu..:)

2 singles but maybe not available..huhu..tq datang ye..:)

my housemate yang sesat-sesat nak datang kenduri aritu tapi akhirnya sampai jugak..dua-dua ni dah tak lama turn dorang pulak huhu

gagah adik manis angkat hadiah besar sorang-sorang ye hehe..tq adik manis & the geng coz sudi datang..:)

yang tudung pink sebelah kanan tu, my rumet masa zaman study (2007-2011) upm..thanks tikah susah-susah datang :)


Lastly, ni kawan-kawan tersayang dari sekolah rendah masa kenduri sebelah pahang..kecoh tak ingat dunia wehh huhu

~banyak kan gambar yang aku nak share ni..tq sangat-sangat pada kawan-kawan yang sudi datang ni..saje aku post kat blog ni sebab rasa segan pulak nak post kat fb tu..al maklumlah,bukan pengantin baru pun haha. sambil-sambil tu, bolehla korang tengok gambar korang kan :)

friendship forever..walaupun maybe kita kenal tak lama, tapi tetap ada kenangan antara kita :)

Dah Baca Ehh??Mekasihhhh..:D

TENTANG AKU : saat indah dah jadi isteri :)

salam sayang buat semua sahabat-sahabat...

Rindunya aku nak menulis lagi..tapi kadang-kadang takde masa nak tulis dalam ni..tapi kali ni aku nak update sikit blog aku ni.korang sudi-sudikanlah terus membaca ye,give me support heheh. 

Arini dah genap 3 bulan aku jadi isteri kepada en. suami tersayang (ala cayang-cayang, ayat laki aku..hehe). Kalau nak share pulak pengalaman sebagai isteri ni, masih panjang lagi. Tapi buat masa ni, tittle isteri ni sangat-sangat bermakna pada aku..tak dapat nak digambarkan betapa syukurnya bila dah jadi seorang isteri ni..seronok! tak caya jugak? korang kena la rasa sendiri hehe

Alhamdulillah, masa kenduri aritu semuanya berjalan dengan lancar..Allah dah mudahkan segalanya, syukur sangat-sangat walaupun penatnya sebulan pun tak habis lagi huhu. Sekarang masa untuk belajar cara-cara untuk sentiasa membahagiakan suami agar rumahtangga always bahagia, chewahhh :) memang tu pun semua orang harapkan kan,kan..

Nak cita banyak-banyak pun tak boleh sebab tu rahsia rumahtangga kan heheh..kalau cita pasal honeymoon, aku tak sempat lagi nak pergi honeymoon huhu..memandangkan tiada cuti & keadaan tak mengizinkan..sekarang, en. suami aku pulak kena keja outstation..aku ni kira orang yang bercinta jarak jauh dah (PJJ la katakan huhu). .bila en. suami outstation, aku dudukla umah sorang-sorang..time-time ni la aku rajin nak ber'internet' sebab nak hilangkan rasa rindu yang menebal kat en. suami ni hehe..(ayat gataii skettt) arghhhh!!! rindunya...(tetiba lagi hakhak) Doakanla pasni ada rezeki pulak untuk dapat cahaya mata, takde la aku boring kalau kena tinggal sorang-sorang kan..amin,amin,amin hee

Ermm..bila dah kawin ni, semua dah jadi halal..so, dah tak perlu nak risaukan mak abah lagi kan..sebab sekarang, ada orang yang akan jaga kita, dia pulak yang ambil amanah tu daripada mak abah kita. kalau tak, dorang asik risau je, yela kan..anak dara dorang, besar amanah yang perlu dijaga..sekarang ni, dah ada en. suami, nak gi mana-mana pun mak abah dah tak kesah. bak kata mak aku, pandai-pandaila korang pulak..dah dapat kebebasan woo..huhu..aku ingat lagi la masa malam akad nikah aku tu, selepas sah je bergelar isteri kepada en. suami (muhammad nazmi), mak aku terus pesan siap-siap kat aku..antaranya, jadilah isteri yang solehah, bahagiakan suami sentiasa..perangai-perangai tak elok masa bujang-bujang dulu tu, tinggalkan la...(sebab sebenarnya aku ni garang giler..mak tak bagi aku garang-garang dengan suami huhu)..ye mak, nasihat mak akan aku ikut. tu semua untuk kebaikan aku jugak kan :)

okla, setakat ni dulula aku nak update..aku nak gi masak,perut dah bunyi kriuk kriukk ni heheh. lain kali kita sambung lagi nanti ye :) kepada en. suami tersayang, i love u sangat2..Allah je tau betapa banyak sayang ni :):) jiwang kan ngee

Ni ada sikit gambar best masa sah bergelar seorang isteri tu, tengok ye, tapi tak yah komen pape la hehee

taraa..pengantin ceria :)

ni la time paling best..syok jgk kena kiss-kiss ni haha


Dah Baca Ehh??Mekasihhhh..:D

TENTANG AKU : taraaa!!! special sebagai tunangan orang sudaa heee


as salam everyone!! ehem-ehem..lamanya aku tak update blog nih..sorii..lately buzy ckit untuk prepare apa-apa yang patut sebelum menamatkan zaman bujang ni heheh

sedar dan tak sedar je,dah hampir 6 bulan aku da jadi tunangan orang,wink wink..:) dah banyak juga pengalaman suka dan duka sebagai tunangan orang ni..but i'm still thankful to Allah for all his blessing for me..:)

apa perasaan bila dah jd tunangan orang?? saham dah turun ckitla beb,hehe..takdelah, aku rasa makin hepi..super duper bahagia coz dah ada somebody yang betul-betul akan caring, responsible n definitely love me everytime,every moment.syukran2!! huhu.kalau korang nak rasa gak,cepat-cepatla suruh pakwe tu 'ikat' heheh

tapi,tak dinafikan jugak..bab kata orang-orang tua,alam pertunangan ni banyak juga dugaannya..kadang-kadang dugaan yang tak disangka..so,kita & pasangan kena kuat tempuh apa juga rintangan, dugaan n cabaran yang datang dalam hidup ni..be more positive okeh! cam kisah aku, 3 bulan kitaorang bertunang, mak kepada en.tunang telah kembali ke rahmatullah..pemergiaan yang teramat dirasai sebab semuanya dengan tiba-tiba. bila dah post mortem, baru tau arwah kena serangan jantung, saluran darah utama block! kesedihan yang teramat sangat kepada semua orang sebab arwah memang seorang yang sangat baik (walaupun aku dapat mengenalinya hanya dalam tempoh yang agak singkat)..walaupun kami semua amat sayangkan arwah tapi aku tau, Allah lebih sayangkannya..so,aku kena kuat sebab en.tunang & ayahnya still sangat-sangat sedih (memandangkan en.tunang aku adalah anak tunggal & rapat sangat dengan arwah)..ermm..moga kami dapat tempuh dugaan ini dengan baik..aku percaya,Allah ada perancangannya & perancangan Allah adalah yang terbaik..kepada sesiapa yang baca ni, sudilah kiranya sedekahkan al-fatihah kepada arwah (Pn. Aishah bt Samsuri)..semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..aminn

ok2..kita teruskan yer..ermmm...ada lebih kurang satu bulan lagi kami akan disatukan dengan ikatan yang sah sebagai suami isteri..dup dup juga ni huhu..macam tak percaya pun ada :) setakat ni, persiapan dah hampir ok semuanya..harap-harap semuanya berjalan dengan lancar nanti..dua-dua family tengah buzy prepare pape yang patut untuk majlis tu nanti..kalau korang ada kelapangan,mehla jemput datang makan kat kenduri aku nanti ye hehe.

tu la serba sedikit pengalaman sebagai tunangan orang yang aku bleh share kat sini..walau apa yang berlaku,pasti semuanya ada hikmah..awan tak selalunya mendung..akan sampai masa, muncul pelangi..hujan pun akan berhenti & matahari akan mula bersinar :) yang penting, serahkan semuanya kepada Allah,insyaallah bahagia akan bersama kita..:)

eh eh..ada lagi satu nak share hehe..antara pengalaman best yang lain bila dah jadi tunagan orang ni, dah kena belajar masak-masak dhla huhu..kalau dulu langsung tak pandai buat kuih-muih,sekarang ni kena google2 resipi kuih dah memnadangkan en.tunang suka makan kuih-muih..(petua nak tambat hati suami ni..huhu)

sebenarnya banyak lagi aku nak story..tapi takot korang boring dah nak baca kn..okla,aku stop sampai sini la weehuuu..yang baik ambil sebagai teladan,yang buruk,jadikan sempadan okeh!! :) doakan yang terbaik untuk aku ye..anyway,thanks sudi baca..luv u alls :))

kepada en.tunang..luv u till jannah!! :) 


satu pic masa ari pertunangan aku aritu :)




Dah Baca Ehh??Mekasihhhh..:D

TENTANG AKU...antara percaya or tidak,heee

salam ramadhan untuk semua..

arini dah 4 ari kita semua dalam bulan ramadhan kan,jap je rasa..setakat ni,puasa aku cukup lagi la,hehe..nanti,pejam celik je,dah nak abes ramadhan pulak..pastu tiba lah hari yang dinanti-nanti terutama budak-budak kecik ni,iaitu time nak mengumpul duit raya kan..:) untuk anak dara cam aku ni, ni la tahun kedua beraya selepas abes jadi student..in other words, ni la tahun kedua kena bagi duit raya kat mak, abah dan adik-adik,seronok jugak..:)

tapi..raya kali ni, lebih daripada biasa..selain hepi untuk beraya, aku jugak 'teruja' coz raya tahun ni aku bakal bertunang,hehe..lepas sekian lama memperjuangkan hidup orang-orang single, kali ni macam tak percaya pulak aku dah ade kat stage ni,hehe

ermm..bila cerita bab ni..banyak yang aku nak kongsi kat sini.mungkin betul kata sesetengah orang, "bercinta lama pun, tengok-tengok kawen ngan orang len jugak" huhu. cerita tentang bakal tunang aku ni kan..hee,mehla baca lagi...:p

kitaorang kawan sama tempat kerja..tapi sebelum-sebelum ni,tak pernah pun rapat. tegur cmtu-cmtu jela sebab aku ni kategori dak baru lagi, dia dah lama sikit kat situ..dah setengah tahun aku kerja kat situ, tetiba DIA ni cuba-cuba nak berbaik ngan aku. 1st tu memang rasa cam pelik bin ajaib pun ade..nape tetiba je dia ni kn huhu (jahat kan aku..:p)

sebab kerja sama-sama, ada je dia buat untuk ambik hati aku..boleh kata tiap-tiap hari la..dalam pada tu, aku story2 gak kat family aku especially my mum..mak cakap, nape tak cuba dulu kawan ngan dia ni..dah kawan-kawan pun memang 'kenen'kan..dia pun budak baik..lagi antara ceramah-ceramah mak aku..."nak cari orang yang camne lagi..bukannya tak pernah kenal lelaki yang kaki perempuan, tau nak kikis duit perempuan je..blaa..blaa..blaa lagi.." so, "dah jumpa org yang betul-betul sayang kita,why not try untuk beri peluang pada dia & juga peluang untuk diri sendiri untuk bahagia jugak kan??"

aku pun pikir-pikir panjang jugakla..dah pikir-pikir, aku rasa aah kan..why not try je kawan dulu..aku & dia kawan-kawan cam biasa, ujung bulan jun aritu, dia n family dia datang merisik..actually,merisik yang tak dirancang..huhu.lastly, terus je letak tarikh untuk bertunang..

sebab tu,orang selalu cakap, kalau dah jodoh tu, kita tetap akan bersama dia suatu hari nanti..kalau dia pergi & tak kembali, maknanya, dia bukan milik kita..tak guna kita nak menangis bagai untuk sesuatu yang bukan milik kita..Allah dah aturkan yang terbaik untuk setiap hambanya..Allah beri apa yang kita perlu, BUKAN apa yang kita nak..:)

ermm..cam dah nagntuk je ni..lagipun,kena tido awal..kan nak bangun sahur hehe..tido dulu ye kawan-kawan alam maya ku..gudnite!!



Dah Baca Ehh??Mekasihhhh..:D

Cerita Aku & Pepatah Orang Dulu-Dulu

salam rindu buat semua....

buat ke sekelian kalinya...arghhh,,,rindunya nak menulis kat blog ni..lama dah tak bukak blog aku ni, gara-gara terlupa password nak bukak blog,huhu..jelas sangat kan yang aku 'agak' jarang la bukak blog sejak akhir-akhir ni.....banyaknya nak luahkan perasaan kat sini..kan nama pn 'my little diaries'..right??  :p

pernah dengar tak pepatah ni..kawan masa senang ramai..kawan masa susah,sorang pun susah nak jumpa...dah banyak sangat2 manusia yang aku jumpa camtu..lagi satu pepatah..buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali..tapi kan......

aku tak sempat buat jahat lagi kat orang, orang dah berganda-ganda wat jahat kat aku...nape ek?nape??nape???ade jawapan tak??? compem la xde kan..korang bukannya tau pape pn,huhu

contoh dalam situasi ni....masa si A (bukan nama sebenar) ni betul-betul susah, dia beriya2 datang cari aku..padahal aku takde la BFF dia pun.minta simpati nak minta tolong..kita pun pikir, sebab dia kawan kita,kita pun kenal dia, takpela.."ok,saya tolong awak ye kali ni.mana tau satu ari nanti, bila saya susah,awak pulak yang akan tolong saya" (dalam hati excited sangat sebab dapat tolong orang yang betul-betul dalam kesusahan)

tapi....one day, masa tu aku betul-betul nak mintak tolong dengan si A ni sebab memang aku dah takde jalan nak setelkan problem tu sendiri,"A, bla...bla...bla....(sambil cerita problem aku dengan harapan dia rasa simpati kat aku), camne nak buat ek?awak boleh tolong saya tak??? tapi tau tak si A ni jawab ape......"owh,ye ke....ntahla..cuba awak sabar je,problem tu okla lama-lama nanti.saya buat,ok je..takde problem cm awak ni pn.."(sambil jalan ngan mood epi je)

sedih tak kalau korang kat tempat aku??? aku yang tengah berharap sangat-sangat yang akan ade somebody yang akan jd BFF aku..macam pepatah..ingatkan panas sampai ke petang,rupanya hujan di tengahari...kita ingatkan dia akan jadi BFF kita gak,sebab kita dah anggap dia BFF kita tapi......bila susah, dia wat tak tahu je ngan kita...itulah manusia........

moralnya,susahnya nak dapat sorang kawan yang betul-betul berada di sisi kita masa kita susah..kalau korang dah jumpa seorang, korang jaga la relationship tu betul-betul. indahnya friendship yang betul-betul ikhlas....memang diakui, susahnya nak dapat...



Dah Baca Ehh??Mekasihhhh..:D

salam sayang untuk semua orang..:)

banyak berjalan, luas pemandangan..betul sangat2 la tu..time banyak-banyak masalah, kita kena tenangkan diri dulu dengan melihat-melihat kejadian alam yang lain..sedikit sebanyak masalah kita akan dilupakan sekejap..kalau tak caya, tryla..tu la cara aku nak lepaskan tension..

nasib baik pulak keja aku sekarang ni memang asik berjalan je..ni saja nak update sikit gambar-gambar best yang aku gi baru-baru ni..jemputla tengok..heee

ni masa sebelum mandi-mandi kat bukit merah lake town resort..:)



ni masa pergi jalan2 kat bukit bendera the next day..:)



ni pulak masa jalan-jalan tepi pantai kat batu feringgi, penang..:)




still kat pantai lagi ni..:)




sebelum mandi kat air terjun sg.kanching baru-baru ni..:)




ni dah syokk duk dalam air..yippiiii..:)




ni tengah mandi-manda..seronok tak terkata..:)




ni dah siap mandi-mandi time....:)


haaa...amacam? bes kan?? atleast terisi gakla masa lapang untuk orang-orang single cam aku nih..takdela asik nak pikir tentang macam-macam masalah je kan...kawan-kawan and family la yang jadi pengubat hati ni....

thanks everyone that i know...coz make my life better...:)

Dah Baca Ehh??Mekasihhhh..:D

kata-kata manis & sikap caring? nonsense je~

salam cuti-cuti..

arini ari sabtu, cuti-cuti malaysia..hee
aku tak tau nak buat ape arini and tetiba rasa nak update kat blog ni..

bila cuti-cuti ni, mula la rasa alone again..maklumlah, aku bukan jenis yang suka duduk diam. sepanjang hari tu kalau boleh, mesti ade aktiviti, baru la aku tak pikir sangat masalah yang ade..

nak kata tak ramai kawan, ramai la jugak kawan yang aku ada..kawan perempuan memang ramai. kawan lelaki tu adela jugak..ermm,bila cakap pasal kawan-kawan lelaki yang aku kenal nih, camne nak tau yang mana serius and yang mana tak bila berkawan ngan kita..

memang stail lelaki berkawan ngan perempaun akan caring abes-abes ke kat kawan perempuan diaorang ek?? semua tunjuk caring tapi takde yang serius pun aku tengok..semua macam nak main-mainkan orang je..agak fobia untuk jadi orang yang 'di caring' ni..nanti tengok2, kita yang syok sendiri..kan lagi susah..haha

kekadang, aku tak dapat nak faham orang lelaki ni..can give some idea??huhuu..supaya dah tak rasa tertipu lagi dengan kata-kata manis, sikap caring all the time diaorang tu...hurmmmm


Dah Baca Ehh??Mekasihhhh..:D

background