Album Wedding Versi Kawan-Kawan

Assalamualaikum..

Dis entry just nak post gambar kawan-kawan yang willing datang masa wedding aku aritu..walaupun wedding tu dah hampir 6 bulan lepas heheh..sorila sebab full version gambar daripada photographer baru je dapat..jemput tengok ye..:) Ni kira album wedding versi kawan-kawan ye..huhu

Ni ain, my bestfren dari zaman sekolah menengah..time ni dia tengah pregnant no. 2..sekarang,dia dah ade sorang baby boy pn, tika pun dah jadi kakak! cepatnya masa berlalu kn..huhu

Gambar staf-staf cohort yang sudi datang..ini adalah kenangan tau!maceh-maceh..

tq datang both of u..waiting for your next event pulak ye..hehe

baju dah sedondon tu..tunggu turn korang pulak ye pasni..:)

bos kecik saya pun datang dengan wife dia..pada geng-geng IT cohort pun, tq sangat-sangat sudi datang..:)

haa..ni satu-satunya wakil member masa degree kat UPM dulu..sekarang, member saya ni tengah pregnant,doa-doa lepas ni saya pulak huhu

ni geng-geng dari diploma dulu..terharu jugak diaorang datang kenduri ni..sorang dah ikut jejak, waiting untuk yang 2 orang lagi tu pulak hehe

wahh..ada apakah dengan jejaka di tengah?? member-member dari team bro..thanks korang sebab datang!

main cak-cak!! mood happening je semua..yang lain memang team bro excluding dak kecik yang comel-comel bambamm tu heheh

thanks gurl-gurl cun yang sudi memeriahkan majlis ni..post maut semua orang ngehngeh

ini gambar kawan baik my asben..dari mula-mula masuk cohort sampailah dua-dua dah kawen..kawen pun dua-dua dengan dak cohort jugak hahah

haa..yang ni dengar-dengar citer pun dah dekat sangat-sangat tarikhnya..jangan lupa jemput ye :)

tq jugak untuk korang yang sudi datang ni..:)

haa..tengok mana tu mie? hee..ape pun, thanks sudi datang..tak sangka, dia ni kawan sama belajar je ngan fotographer kitaorang ni.jadi jejak kasih jap masa tu..:)

2 singles but maybe not available..huhu..tq datang ye..:)

my housemate yang sesat-sesat nak datang kenduri aritu tapi akhirnya sampai jugak..dua-dua ni dah tak lama turn dorang pulak huhu

gagah adik manis angkat hadiah besar sorang-sorang ye hehe..tq adik manis & the geng coz sudi datang..:)

yang tudung pink sebelah kanan tu, my rumet masa zaman study (2007-2011) upm..thanks tikah susah-susah datang :)


Lastly, ni kawan-kawan tersayang dari sekolah rendah masa kenduri sebelah pahang..kecoh tak ingat dunia wehh huhu

~banyak kan gambar yang aku nak share ni..tq sangat-sangat pada kawan-kawan yang sudi datang ni..saje aku post kat blog ni sebab rasa segan pulak nak post kat fb tu..al maklumlah,bukan pengantin baru pun haha. sambil-sambil tu, bolehla korang tengok gambar korang kan :)

friendship forever..walaupun maybe kita kenal tak lama, tapi tetap ada kenangan antara kita :)

Dah Baca Ehh??Mekasihhhh..:D

TENTANG AKU : saat indah dah jadi isteri :)

salam sayang buat semua sahabat-sahabat...

Rindunya aku nak menulis lagi..tapi kadang-kadang takde masa nak tulis dalam ni..tapi kali ni aku nak update sikit blog aku ni.korang sudi-sudikanlah terus membaca ye,give me support heheh. 

Arini dah genap 3 bulan aku jadi isteri kepada en. suami tersayang (ala cayang-cayang, ayat laki aku..hehe). Kalau nak share pulak pengalaman sebagai isteri ni, masih panjang lagi. Tapi buat masa ni, tittle isteri ni sangat-sangat bermakna pada aku..tak dapat nak digambarkan betapa syukurnya bila dah jadi seorang isteri ni..seronok! tak caya jugak? korang kena la rasa sendiri hehe

Alhamdulillah, masa kenduri aritu semuanya berjalan dengan lancar..Allah dah mudahkan segalanya, syukur sangat-sangat walaupun penatnya sebulan pun tak habis lagi huhu. Sekarang masa untuk belajar cara-cara untuk sentiasa membahagiakan suami agar rumahtangga always bahagia, chewahhh :) memang tu pun semua orang harapkan kan,kan..

Nak cita banyak-banyak pun tak boleh sebab tu rahsia rumahtangga kan heheh..kalau cita pasal honeymoon, aku tak sempat lagi nak pergi honeymoon huhu..memandangkan tiada cuti & keadaan tak mengizinkan..sekarang, en. suami aku pulak kena keja outstation..aku ni kira orang yang bercinta jarak jauh dah (PJJ la katakan huhu). .bila en. suami outstation, aku dudukla umah sorang-sorang..time-time ni la aku rajin nak ber'internet' sebab nak hilangkan rasa rindu yang menebal kat en. suami ni hehe..(ayat gataii skettt) arghhhh!!! rindunya...(tetiba lagi hakhak) Doakanla pasni ada rezeki pulak untuk dapat cahaya mata, takde la aku boring kalau kena tinggal sorang-sorang kan..amin,amin,amin hee

Ermm..bila dah kawin ni, semua dah jadi halal..so, dah tak perlu nak risaukan mak abah lagi kan..sebab sekarang, ada orang yang akan jaga kita, dia pulak yang ambil amanah tu daripada mak abah kita. kalau tak, dorang asik risau je, yela kan..anak dara dorang, besar amanah yang perlu dijaga..sekarang ni, dah ada en. suami, nak gi mana-mana pun mak abah dah tak kesah. bak kata mak aku, pandai-pandaila korang pulak..dah dapat kebebasan woo..huhu..aku ingat lagi la masa malam akad nikah aku tu, selepas sah je bergelar isteri kepada en. suami (muhammad nazmi), mak aku terus pesan siap-siap kat aku..antaranya, jadilah isteri yang solehah, bahagiakan suami sentiasa..perangai-perangai tak elok masa bujang-bujang dulu tu, tinggalkan la...(sebab sebenarnya aku ni garang giler..mak tak bagi aku garang-garang dengan suami huhu)..ye mak, nasihat mak akan aku ikut. tu semua untuk kebaikan aku jugak kan :)

okla, setakat ni dulula aku nak update..aku nak gi masak,perut dah bunyi kriuk kriukk ni heheh. lain kali kita sambung lagi nanti ye :) kepada en. suami tersayang, i love u sangat2..Allah je tau betapa banyak sayang ni :):) jiwang kan ngee

Ni ada sikit gambar best masa sah bergelar seorang isteri tu, tengok ye, tapi tak yah komen pape la hehee

taraa..pengantin ceria :)

ni la time paling best..syok jgk kena kiss-kiss ni haha


Dah Baca Ehh??Mekasihhhh..:D

TENTANG AKU : taraaa!!! special sebagai tunangan orang sudaa heee


as salam everyone!! ehem-ehem..lamanya aku tak update blog nih..sorii..lately buzy ckit untuk prepare apa-apa yang patut sebelum menamatkan zaman bujang ni heheh

sedar dan tak sedar je,dah hampir 6 bulan aku da jadi tunangan orang,wink wink..:) dah banyak juga pengalaman suka dan duka sebagai tunangan orang ni..but i'm still thankful to Allah for all his blessing for me..:)

apa perasaan bila dah jd tunangan orang?? saham dah turun ckitla beb,hehe..takdelah, aku rasa makin hepi..super duper bahagia coz dah ada somebody yang betul-betul akan caring, responsible n definitely love me everytime,every moment.syukran2!! huhu.kalau korang nak rasa gak,cepat-cepatla suruh pakwe tu 'ikat' heheh

tapi,tak dinafikan jugak..bab kata orang-orang tua,alam pertunangan ni banyak juga dugaannya..kadang-kadang dugaan yang tak disangka..so,kita & pasangan kena kuat tempuh apa juga rintangan, dugaan n cabaran yang datang dalam hidup ni..be more positive okeh! cam kisah aku, 3 bulan kitaorang bertunang, mak kepada en.tunang telah kembali ke rahmatullah..pemergiaan yang teramat dirasai sebab semuanya dengan tiba-tiba. bila dah post mortem, baru tau arwah kena serangan jantung, saluran darah utama block! kesedihan yang teramat sangat kepada semua orang sebab arwah memang seorang yang sangat baik (walaupun aku dapat mengenalinya hanya dalam tempoh yang agak singkat)..walaupun kami semua amat sayangkan arwah tapi aku tau, Allah lebih sayangkannya..so,aku kena kuat sebab en.tunang & ayahnya still sangat-sangat sedih (memandangkan en.tunang aku adalah anak tunggal & rapat sangat dengan arwah)..ermm..moga kami dapat tempuh dugaan ini dengan baik..aku percaya,Allah ada perancangannya & perancangan Allah adalah yang terbaik..kepada sesiapa yang baca ni, sudilah kiranya sedekahkan al-fatihah kepada arwah (Pn. Aishah bt Samsuri)..semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..aminn

ok2..kita teruskan yer..ermmm...ada lebih kurang satu bulan lagi kami akan disatukan dengan ikatan yang sah sebagai suami isteri..dup dup juga ni huhu..macam tak percaya pun ada :) setakat ni, persiapan dah hampir ok semuanya..harap-harap semuanya berjalan dengan lancar nanti..dua-dua family tengah buzy prepare pape yang patut untuk majlis tu nanti..kalau korang ada kelapangan,mehla jemput datang makan kat kenduri aku nanti ye hehe.

tu la serba sedikit pengalaman sebagai tunangan orang yang aku bleh share kat sini..walau apa yang berlaku,pasti semuanya ada hikmah..awan tak selalunya mendung..akan sampai masa, muncul pelangi..hujan pun akan berhenti & matahari akan mula bersinar :) yang penting, serahkan semuanya kepada Allah,insyaallah bahagia akan bersama kita..:)

eh eh..ada lagi satu nak share hehe..antara pengalaman best yang lain bila dah jadi tunagan orang ni, dah kena belajar masak-masak dhla huhu..kalau dulu langsung tak pandai buat kuih-muih,sekarang ni kena google2 resipi kuih dah memnadangkan en.tunang suka makan kuih-muih..(petua nak tambat hati suami ni..huhu)

sebenarnya banyak lagi aku nak story..tapi takot korang boring dah nak baca kn..okla,aku stop sampai sini la weehuuu..yang baik ambil sebagai teladan,yang buruk,jadikan sempadan okeh!! :) doakan yang terbaik untuk aku ye..anyway,thanks sudi baca..luv u alls :))

kepada en.tunang..luv u till jannah!! :) 


satu pic masa ari pertunangan aku aritu :)




Dah Baca Ehh??Mekasihhhh..:D

background