Sihir Halang Jodoh??

Percaya tak korang bahawa ada berlaku jodoh tu lambat sebab sihir?Mean, bila ada orang dengki kat kita,dia gunakan ilmu-ilmu ghaib ni supaya jodoh kita jadi susah. Pada aku la..benda ni tak mustahil pun jadi. Sebab walaupun kita dah zaman canggih manggih ni, still ramai lagi umat manusia yang amalkan benda-benda yang kalau kita pikir waras, tak sanggup nak buat kan? Alasan sebab jadi benda-benda camni sebab DENGKI je kebanyakkannya. Aku pun tak paham knapa still ramai lagi yang nak guna cara ni untuk puaskan hati sendiri..Senang hati agaknya bila dapat tengok orang yang dia iri hati tu hidup susah, sentiasa sedih, hidup makin kebelakang daripada dia..Ya Allah, apa jenis manusia orang yang macam ni kan?Kita ni hidup atas dunia sementara je. Sumenya yang kita dapat tu pinjaman semata-mata daripada Allah. Buat apa kita nak dengki & iri hati kat orang lain? Tak fair kalau kita menang pun sebab kita guna cara kotor kan?

Berbalik pasal kes jodoh lambat ni, memangla jodoh pertemuan tu di tangan Tuhan kan..tapi kadang-kadang ada terjadi jodoh seseorang tu jadi lambat sebab ada orang yang tak nak tengok orang tu hidup bahagia, ada kehidupan yang lebih baik dari dia kot..Misalnya, pada dia kalau dia tak dapat seseorang tu, orang lain pun takkan dapat orang tu. Dia rela tengok orang tu hidup solo sampai tua..bahaya jugak kan camni..Betulla kata orang tua-tua dulu, rambut memang sama-sama hitam tapi hati lain-lain tau. Nampak depan kita je ok,tapi belakang-belakang, dia sanggup wat camtu..

Tapi, sebagai umat manusia biasa,orang Islam khasnya, kita juga kena yakin dengan qada dan qadar tuhan. Mungkin juga belum sampai masanya lagi. Allah telah tentukan yang lebih baik untuk kita andai sekarang kita belum berjumpa dengan orang yang betul-betul jodoh kita. Cuma,kita jangan lupa berusaha jela. Aku ade terbaca dalam satu blog lain, dia suruh kita amalkan ayat 131 dan 132, surah Toha selepas solat fardu dan sebagai zikir. Dia cakap memang berkesan..so,ape lagi,cubalah,sebagai salah satu ikhtiar..hehe.  Moga kita sama-sama dapat jodoh yang baik nanti,aminn dan dijauhkan daripada benda-benda tak elok tu,nauzubillah..




Dah Baca Ehh??Mekasihhhh..:D

No comments:

background